Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1432Hijrah/ 15 Februari 2011
Selawat serta Salam buat Junjungan Besar, Insan Agung, Yang Terpilih dan juga Kekasih Allah - Nabi Muhammad s.a.w.
Sifat-sifat terpuji yang terserlah pada Baginda s.a.w. sejak dari kecil sehingga kewafatan Baginda s.a.w. Seorang nabi yang terlalu sayangkan pada umatnya. Seorang nabi yang sentiasa perihatin kepada umatnya. Seorang nabi yang teramat risau akan umatnya, risau akan umatnya dicampakkan ke neraka. Risau akan umatnya leka dengan tipu daya syaitan, risau akan umatnya leka dengan hal-hal duniawi.
Betapa sayangnya para sahabat kepada Baginda s.a.w. Setiap hari Rasulullah s.a.w keluar dari rumah pasti akan ada sahabat atau pengikut-pengikut yang mengekori Baginda. Tidak pernah sekali pun Baginda berseorangan apabila keluar dari rumah. Betapa sayangnya sahabat kepada Baginda s.a.w, sehinggakan terdapat suatu peristiwa di mana Rasulullah s.a.w membuat perjanjian dengan salah seorang kafir Quraisy iaitu Sufail bin Amr. Di mana Sufail bin Amr berkata '' Ya Muhammad, perjanjian ini tidak adil. Aku bukan orang Islam dan aku tidak mengakui kau sebagai Rasulullah!! Maka, kau tidak boleh meletakkan perkataan Rasulullah di dalam perjanjian ini." Yang menjadi penulis perjanjian tersebut adalah Saidina Ali, lantas Baginda s.a.w bersabda '' Wahai Ali, engkau padamkanlah perkataan Rasulullah dari perjanjian itu" Lantas Saidina Ali menjawab ''Tidak, Ya Rasulullah'' Nabi Muhammad bertanya kepada Saidina Ali " Mengapa tidak wahai Ali?? Bukankah ianya sekadar satu perkataan sahaja.'' Maka Saidina Ali pun berkata ''Wahai Rasulullah, sekali tangan ku sudah menulis perkataan Rasulullah tidak akan aku ubah atau padamkan ia Wahai Rasulullah.'' Rasulullah s.a.w bertanya dan meminta pandangan dari sahabat yang lain pula. Namun para sahabat lantas menjawab '' Tidak, Ya Rasulullah, akan kami pertahankan ianya hatta dengan darah kami sekali pun."
Begitulah cintanya para sahabat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Namun kasih sayang tersebut tiada tolok bandingannya, berbanding dengan kasih sayang Rasulullah s.a.w kepada kita semua. Sehinggakan pada akhir hayat Baginda s.a.w. dari mulut beliau tidak lekang daripada menyebut .."Ummati.... Ummati.... Ummati'' iaitu Umat ku... Umat ku... Umat ku.....
Pada akhir hayat Baginda, sehinggakan para sahabat semua bersedih... seluruh alam bersedih akan saat kewafatan Baginda s.a.w. Sehingga ada para sahabat yang sanggup menghunuskan pedang dan memancung kepala sesiapa yang berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w sudah wafat.
Baginda s.a.w adalah insan yang pertama yang dibangunkan kelak di Padang Mahsyar, insan yang pertama yang akan bertanya khabar akan umatnya. Insan yang pertama yang risau akan pembalasan Allah s.w.t kepada umatnya.
InsyaAllah, ada kelapangan kita akan berbicara lagi berkaitan Sirah Nabi Muhammad s.a.w.
Dikesempatan ini, marilah kita bersama-sama berselawat serta mengingati Rasul yang kita sayangi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.