Dikenali sebagai Gecko di dalam Bahasa Inggeris. Tetapi kat Malaysia ianya lebih dikenali sebagai 'tokkay' ataupun 'pok ke'.
Haiwan di kalangan spesis cicak ini terdapat berbagai jenis dan banyak di dapati di kawasan monsun tropika dan khatulistiwa.
Semenjak 2-3 tahun kebelakangan ini ianya menjadi terlalu popular samada di dalam mahupun di luar negara. Sehinggakan dengar-dengar cerita bahawa Jabatan Haiwan dan Perhilitan hanya memberi kebenaran sehingga penghujung 2011 sahaja untuk pemburu-pemburu 'pok ke' ini utk menangkap haiwan tersebut yang dikhuatiri akan pupus.
'Pok ke' ini menjadi amat mahal dan mendapat permintaan yang tinggi. Dipercayai dari segi perubatan moden, air liur serta hempedu 'pok ke' ini mampu mengubati masalah penyakit yang tiada ubatnya iaitu HIV dan AIDS. Seekor 'pok ke' akan dinilai harganya berdasarkan berat dan panjang haiwan tersebut. Untuk 'pok ke' dalam lingkungan 400gram sahaja sudah boleh mencecah puluhan ribu ringgit sehingga harga sebijik kereta Perodua Kancil mahupun Proton Iswara. Maka, bayangkanlah semakin besar dan panjang 'pok ke' ini maka semakin mahal nilai dan harganya. Ianya mampu mencecah jutaan ringgit. Terutama 'pok ke' yang mempunyai bintik-bintik merah seperti digambar sebelah.
Kadangkala terfikir pula di sudut hati kecil, betapa hinanya perbuatan dan kelakuan manusia yang menghidap HIV dan AIDS (atas kesilapan sendiri, seperti menagih dadah, seks sejenis, seks bebas dan lain-lain yang dilarang serta dilaknat oleh Allah dan Rasul) sehinggakan terpaksa bergantung dan mengharap ubat daripada seekor cicak yang dahulunya dipandang hina, geli dan jijik. Namun kepada para pesakit yang bukan kehendak mereka menghidap HIV dan AIDS, yang mungkin akibat suami atau pasangan mereka,
mahupun akibat pemindahan sebagainya.. Wallahualam, mudah-mudahan ianya menjadi penawar kepada mereka. InsyaAllah.
Berbalik kepada cerita 'pok ke' tadi. Terdapat pembeli-pembeli dari luar negara yang sanggup datang ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan lain-lain untuk mendapatkannya. Mereka juga sanggup datang ke sini dengan membawa doktor perubatan serta peguam untuk berurusniaga. Jutaan hingga puluh jutaan ringgit ditawarkan oleh mereka, MasyaAllah.
Saya sendiri belum pernah mengalaminya, namun mendengar cakap-cakap orang sahaja pada mulanya. Namun, setelah berjumpa dengan salah seorang pemborong/pembeli 'pok ke' yang aktif ini. Tidak menyangka ianya benar-benar terjadi. Sehinggakan ada salah seorang daripada mereka telah habis ratusan ribu ringgit ini untuk memburu dan mencari 'pok ke'. Akhirnya usaha beliau berhasil dan beliau telah berjaya membeli salah satu hotel yang terkemuka di Malaysia dengan cara tunai. Hikmah atau pengajaran yang diperolehi daripada beliau, rezeki adalah dari Allah s.w.t, beliau juga tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu berjemaah.
Setelah selesai kerja-kerja pembinaan di Kelana Jaya, tetiba saya di datangi sahabat yang rupanya aktif dalam mencari 'pok ke' ini. Segala cerita yang disampaikan berkaitan harga, khasiat dan sebagainya adalah sama seperti yang pernah saya dengar. Saya cuma sekadar acuh tidak acuh sahaja.
Saya ceritakan kepada salah seorang rakan saya yang di tinggal di Damansara Damai. Tidak disangka setelah beliau mengetahui bahawa saya dapat berhubung dengan pembeli 'pok ke' ini secara terus, sahabat saya tadi dengan aktif mencari 'pok ke' di merata-rata tempat. Sehingga beliau pernah terjumpa 'pok ke' yang seberat 1kilogram, tetapi sayang ianya telah 'meninggal dunia'
'Pok ke' ini dengar ceritanya banyak terdapat pantang larang serta gigitannya juga adalah amat berbisa dan boleh membawa maut dalam masa yang singkat.
Yang menghairankan, sejak saya mengetahui cerita 'pok ke' dan juga mengenali pemborong 'pok ke'.. Tiba-tiba sahaja saya banyak terima berita dan gambar dari kenalan saya samada jauh dan dekat ada yang menawarkan beberapa ekor ada yang sehingga 50 ekor 'pok ke' untuk dijual. Saya sekadar mencuba sahaja, dan setiap gambar yang saya perolehi saya directkan kepada pembeli. Keputusan ditangan mereka dan saya ambil sikap 1st come 1st serve basis terutama bagi pihak pembekal. Jika mereka berjaya menjualnya dahulu , its ok mungkin tiada rezeki. Ini adalah kerana pembeli saya datangnya dari Sabah dan juga Holland. Sedikit masa diperlukan.
Sekiranya terdapat penjual atau pihak yang ingin menawarkan harap dapat emailkan gambar berserta scale penimbang berat mahupun pembaris serta gambar terbabit hendaklah diletakkan tarikh bila gambar itu diambil. Ianya mengambil sedikit masa untuk mendapatkan kepastian serta minat dari pembeli, tidak perlu risau jika pihak penjual dapat menjualnya terlebih dahulu silakan. Apa yang pasti jika pembeli kami benar-benar berminat, down payment akan dibayar dan segala urusan akaun dan sebagainya akan melalui peguam, doktor perubatan serta pembeli sendiri. Yang paling diminati oleh pembeli adalah bewarna bintik-bintik merah, 400gram ke atas. Lain-lain warna bergantung kepada size dan citarasa pembeli.
Bagi pembekal-pembekal dari Indonesia adalah dinasihatkan membuat perkara yang sama namun mereka haruslah samada ke Sabah ataupun Semenanjung Malaysia bersama dengan haiwan terbabit. Ini kerana kami serta pembeli telah banyak kali dipermainkan di sana. Mohon maaf.
Saya sekadar suka-suka sahaja. Rezeki hanyalah dari Allah s.w.t. Saya tetap dengan kerja dan tugas saya iaitu kerja-kerja graphic, designing, printing, construction dan supply & trading. Seakdar membantu dan mencuba sahaja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.