Introduction

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
In The Name Of God, Most Gracious, Most Merciful

Alhamdulillah, kami mula beroperasi di atas nama Stachyris TMS Enterprise pada 2006, sebagai pemborong dan pembekal makanan basah dan sejuk beku. Akhirnya syarikat mengorak langkah dengan penjenamaan semula serta perubahan perkhidmatan.


SIX ACE STRATEGY AND RESOURCES


Six Ace Strategy and Resources (Six Ace Strategy)merupakan sebuah perniagaan perkongsian yang telah ditubuhkan pada 15 Mac 2010. Bertujuan untuk menceburi bidang perniagaan kreatif, pembekalan barangan serta kerja-kerja yang bersesuaian.

Pengalaman luas pemilik serta rakan kongsi Six Ace Strategy dalam pengurusan, perkhidmatan, pembekalan, pemasaran dan juga penjualan, memberi kelebihan kepada Six Ace Strategy untuk terus bersaing di dalam pasaran. Berdasarkan pengalaman pemilik serta sumber tenaga kerja yang berkebolehan, syarikat amat berkeyakinan dapat melaksanakan sebarang kerja yang dianugerahkan.

Oleh yang demikian, syarikat amat memerlukan sokongan serta kepercayaan dari pelbagai pihak yang dapat membantu dengan memberi peluang kepada syarikat untuk melaksanakan kerja-kerja yang bersesuaian.

InsyaAllah dengan kepercayaan serta kerja yang dianugerahkan akan menjadi batu loncatan kepada syarikat ini untuk terus maju dan berkembang di masa akan datang.

6 PEGANGAN ASAS SIX ACE STRATEGY
  1. Kepercayaan dan Beriman kepada Allah s.w.t
  2. Kepercayaan dan Beriman kepada Para Nabi dan Rasul
  3. Kepercayaan dan Beriman kepada Para Malaikat
  4. Kepercayaan kepada Kitab-kitab dan Al-Quran
  5. Kepercayaan kepada Hari Akhirat
  6. Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar