Friday, March 25, 2011

Sekadar Renungan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, selesai sudah solat Jumaat hari ini 25 March 2011.

Di zaman IT dan Teknologi terkini, rata-rata masyarakat dunia hatta kita tidak kira bangsa mahupun agama. Mempunyai 'gadget' ataupun peranti, terutamanya telefon bimbit berfungsi pintar atau 'smart phone' sudah menjadi suatu kemestian atau keperluan di era ini. Itu belum termasuk mereka yang mampu memiliki i-Pad, Samsung Galaxy Tab, Tablet PC, Mini PC dan berbagai-bagai lagi. Begitu canggihnya zaman ini... iaitu zaman yang dipanggil Akhir Zaman.

Jika sesetengahnya menggunakan kemudahan yang serba canggih ini untuk menyebarkan ideologi, dakyah dan berbagai-bagai lagi. Mengapa kita sebagai umat Islam tidak mahu mengambil kesempatan ini menggunakannya untuk tujuan serta kebaikan sesama insan dan sejagat. Walaupun  berdikit-dikit, InsyaAllah, lama-lama menjadi bukit.

Terlintas di fikiran ini (jika salah pandangan ini harap dapat dibetulkan). Seandainya setiap dari kita yang mempunyai 'smart phone' (tanpa mengira apa jenis sekali pun), menggunakan social networking seperti Facebook untuk mencatatkan samada khutbah Jumaat mahupun tazkirah yang dihadiri ke laman Facebook masing-masing serta postkannya. Saya pasti syiar Islam dapat diperkembangkan secara tidak langsung dari kita. Manakala rakan-rakan kita akan dapat membaca dan mengetahui khutbah serta tazkirah dari Masjid-masjid, Surau-surau mahupun tempat-tempat lain hanya pada satu paparan sahaja. Secara tidak langsung kita telah bertukar-tukar maklumat berkaitan khutbah ataupun kuliah yang kita hadiri.


Khutbah Jumaat misalnya,

  • Di samping mencatat kita juga dapat mengelakkan diri kita daripada terlelap secara tidak sengaja.
  • Mengikut fahaman saya, kita tidak berkata-kata tetapi mencatat. Maka, kita akan lebih menumpukan perhatian dan mengingati akan khutbah yang diberikan serta kita berkongsi dengan rakan-rakan kita yang berada di masjid yang lain.Termasuklah mereka yang tidak ke masjid.
  • Secara tidak langsung juga, rakan-rakan yang bukan beragama Islam juga akan mendapat manfaat dari teks yang kita catat serta paparkan.
  • Kita juga serba sedikit telah melaksanakan dakwah yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap umat Islam.
  • Kaum-kaum Hawa, para ibu-ibu serta gadis-gadis dan wanita-wanita juga dapat mengetahui apa yang dibicarakan serta disampaikan ketika khutbah Jumaat tadi. Bukankah ianya bagus??? :)
  • Kita juga biasa mendengar.. " Apabila meninggalnya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan membantunya di alam barzakh nanti iaitu doa anak-anak yang soleh/solehah, sedekah dan amal jariah serta ilmu yang bermanfaat". Bayangkan dari sebaris dua ayat yang kita sampaikan!!
Saya terbangkan jika ada rakan-rakan yang mencubanya pada Jumaat akan datang dari Perlis sampailah ke Sabah, maka saya akan dapat mengetahui khutbah Jumaat dari semua negeri yang ada di dalam Malaysia. Bagaimana pula jika semua masjid yang ada di Malaysia pula????



Marilah kita sama-sama renungkan. Segala yang baik itu dari Allah swt jua, dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Mohon kemaafaan jika terdapat sebarang kesilapan.

Wassalam dan Salam Hormat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.